AGENDANASIONAL

Gombak, Sepang antara enam daerah diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 8 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat di enam daerah di Selangor hingga 9 malam.

Agensi itu memaklumkan daerah terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat dan Sepang.

Cuaca hujan disertai ribut petir turut dijangka melanda Putrajaya selain beberapa kawasan di Perak dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :