Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyerahkan sumbangan kepada penghuni tiga rumah kebajikan sekitar Lembah Klang sempena Tahun Baharu Cina. Foto Facebook Air Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Tahun Baharu Cina: Air Selangor santuni penghuni rumah kebajikan

OLEH NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 10 FEB: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyerahkan sumbangan barangan keperluan asas dan bantuan baik pulih paip kepada penghuni di tiga rumah kebajikan sekitar Lembah Klang sempena Tahun Baharu Cina.

Rumah kebajikan itu ialah Rumah Orang Tua Seri Kembangan, Persatuan Rumah Caring Kajang dan Pertubuhan Rumah Kebajikan Kanak-kanak Kaizen Selangor dan Kuala Lumpur.

“Selain menghulurkan sumbangan dan menyantuni penghuni rumah kebajikan, pasukan sukarelawan Hydro Heroes yang terdiri daripada 23 warga kerja Air Selangor turut sama berganding bahu menghias kawasan tersebut dengan hiasan tanglung.

“Sukarelawan turut menghiburkan penghuni dengan aktiviti menggaul ‘yee sang’ dan pemberian angpau bagi menceriakan lagi sambutan Tahun Baharu Cina mereka,” kata agensi itu menerusi Facebook.

Menurut Air Selangor, sumbangan dilaksanakan menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Sesama Mara.


Pengarang :