Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran sempena program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Sijangkang di Taman Seri Medan, Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada 30 November 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan Ehsan Rahmah tawar harga murah di tiga lokasi esok

SHAH ALAM, 13 FEB: Orang ramai boleh mendapatkan barangan asas murah di tiga lokasi Jualan Ehsan Rahmah (JER) mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari esok.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan jualan di Balai Penghulu Mukim Telok Panglima Garang (Sijangkang), pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat Hulu Kelang (Hulu Kelang) dan Surau Khairiah (Sentosa).

Hari ini jualan sama di Surau Mujahirin Jalan Nenas (Meru), Dewan Orang Ramai Kampung Orang Asli Bukit Bangkong (Tanjung Sepat) dan gelanggang bola keranjang BRP7 Bukit Rahman Putra (Paya Jaras).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

PKPS memaklumkan JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar rayaa Segi Fresh pada hujung minggu.

Pasar raya itu dilantik sebagai rakan strategik melaksanakan program JER termasuk penyediaan lokasi jualan dan logistik di 55 premis Segi Fresh.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :