Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas pada harga murah sempena Karnival Jualan Ehsan di Taman Perwira, Sijangkang, Kuala Langat pada 5 Julai 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Sijangkang, Hulu Kelang dan Sentosa lokasi JER hari ini

SHAH ALAM, 14 FEB: Orang ramai boleh mendapatkan barangan asas murah di tiga lokasi Jualan Ehsan Rahmah (JER) mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari esok.

Program berlangsung di Balai Penghulu Mukim Telok Panglima Garang (Sijangkang), pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat Hulu Kelang (Hulu Kelang) dan Surau Khairiah (Sentosa).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasaraya Segi Fresh pada hujung minggu.

Pasar raya itu dilantik sebagai rakan strategik melaksanakan program JER termasuk penyediaan lokasi jualan dan logistik di 55 premis Segi Fresh.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :