Sebuah kereta polis bantuan hangus terbakar dibaling molotov cocktail berhampiran Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara pada 15 februari 2024. Foto Facebook Careta
AGENDAJENAYAH

Kereta polis hangus dibaling molotov coctail di stesen MRT

KUALA LUMPUR, 15 FEB: Polis mengesahkan insiden kereta polis bantuan dibaling molotov cocktail berhampiran Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata polis ada menerima laporan berhubung kejadian itu yang menyebabkan kenderaan terbabit hangus terbakar.

“Kami ada buat tangkapan berkaitan kejadian ini,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, pihak polis akan mengeluarkan kenyataan mengenai insiden itu dalam masa terdekat.

-BERNAMA


Pengarang :