AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Lebih 1,000 peluang pekerjaan ditawar sempena karnival kerjaya OKU

SHAH ALAM, 17 FEB: Lebih 1,000 peluang pekerjaan ditawarkan sempena Karnival Kerjaya Orang Kurang Upaya (OKU) pada 22 Februari ini.

Karnival berlangsung di Dewan Seri Nilam Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang dari 10 pagi hingga 4 petang.

Menurut Cawangan Perkhidmatan Pekerjaan Skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Selangor sebanyak enam majikan akan terlibat dengan sasaran 200 kehadiran pencari kerja.

“Dianggarkan lebih 1,000 kekosongan jawatan disediakan untuk mereka manfaatkan,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, ANIS menerusi Facebook memaklumkan karnival itu adalah anjuran Perkeso Selangor dengan kerjasama pihaknya serta Kementerian Belia dan Sukan bagi membantu OKU mendapatkan pekerjaan.

Ia terbuka kepada OKU kategori pembelajaran berusia 18 hingga 30 tahun.

Calon wajib membuat pra-pendafaran menerusi kod QR pada poster sebelum menghadiri sesi temuduga dengan membawa resume dan sijil pencapaian (sekiranya ada).


Pengarang :