Ahli Dewan Negeri Pandan Indah Ir Izham Hashim menyerahkan bantuan wang tunai ketika menziarahi seorang perniaga yang terjejas ribut di Pandan Indah, Ampang Jaya pada 15 Februari 2024. Foto Facebook Ir Izham Hashim
ADNSELANGOR

Wakil rakyat Pandan Indah hulur bantuan tunai, bina semula gerai mangsa ribut

SHAH ALAM, 17 FEB: Gerai seorang peniaga yang runtuh akibat ribut baru-baru ini mendapat perhatian wakil rakyat Pandan Indah.

Ir Izham Hashim berkata pihaknya menghulurkan bantuan wang tunai bagi meringankan beban peniaga berkenaan.

“Selepas lawatan kerja di Hulu Langat (15 Februari) saya terus bergegas ke Pandan Indah bertemu dengan peniaga ini.

“Selain bantuan wang tunai, pusat khidmat masyarakat juga akan cuba membantu beliau membina semula gerai dalam masa terdekat,” katanya di Facebook.


Pengarang :