AGENDANASIONAL

Sabak Bernam, Hulu Selangor diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 17 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat di Sabak Bernam dan Hulu Selangor hingga 9 malam ini.

Cuaca hujan disertai ribut petir turut dijangka melanda beberapa kawasan di Perak dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :