AGENDANASIONAL

Lapan daerah di Selangor, KL diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 19 FEB: Lapan daerah di Selangor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan daerah terlibat adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Klang dan Sepang.

Cuaca sama diramal berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak dan beberapa daerah di Johor, Negeri Sembilan dan Kedah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :