DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah menunaikan solat ketika hadir di Masjid Jamek Ar-Rahimah Kuala Kubu Bharu pada Program Ekplorasi Gagasan Rumpun Selangor peringkat daerah Hulu Selangor 2024 di Kuala Kubu Bharu pada 23 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Tengku Amir Shah tunai solat Jumaat bersama penduduk Kuala Kubu Bharu

HULU SELANGOR, 23 FEB: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Ar-Rahimah Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.

Ketibaan Tengku Amir Shah sekitar jam 12.45 tengah hari disambut EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail sempena Program Ekplorasi Gagasan Rumpun Selangor.

Selepas solat, Baginda mengambil kesempatan beramah mesra dengan jemaah sebelum berangkat ke majlis santapan kemudian meninggalkan pekarangan masjid.

Terdahulu, Tengku Amir Shah menunaikan solat subuh di Masjid Warisan Al-Hidayah, Taman Ampang Pechah dan kemudian bergotong-royong di Alor Lempah, Ampang Pechah di sini.

Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor yang membuka tirai Rabu lalu di daerah ini bermula dengan Raja Muda bertemu rakyat di Jalan Mat Kilau di pekan Kuala Kubu Bharu kemudian berangkat melawat lorong seni yang dikenali Kuala Kubu Bharu Back Lane Art Gallery.


Pengarang :