Pengguna Bas Smart Selangor mengimbas kod QR aplikasi CEPat dan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak sebelum menaiki pengangkutan awam itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun, Shah Alam pada 1 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Lebih 67 juta penumpang guna perkhidmatan Bas Smart Selangor

SHAH ALAM, 28 FEB: Lebih 67 juta penumpang direkod menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor sejak 2015, sekali gus memenuhi sasaran pelaksanaannya, kata EXCO perumahan.

Borhan Aman Shah menjelaskan perkhidmatan itu bukan untuk meraih untung, sebaliknya bagi mengurangkan beban kewangan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Kerajaan Negeri turut membelanjakan RM15.03 juta sepanjang tahun lalu bagi kos keseluruhan operasi termasuk penyelenggaraan kepada syarikat yang dilantik pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Sentosa G Gunarajah pada sidang Dewan Negeri hari ini.

Selangor memperuntuk RM5 juta tahun ini bagi mengoptimumkan penggunaan Bas Smart Selangor dan penambahan van serta bas mini melalui perkhidmatan transit atas permintaan (DRT).

 


Pengarang :