Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melihat kerja penyelenggaraan paip yang hampir siap di Loji Rawatan Air Selangor SSP1, Bukit Badong, Kuala Selangor pada 13 Oktober 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB: Ganti paip usang, Air Selangor bayar balik pinjaman mulai 2031

SHAH ALAM, 29 FEB: Bayaran semula pinjaman projek penggantian paip air lama oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) kepada Kerajaan Negeri dijadual bermula 2031.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata tempoh bayaran balik sehingga 2046 melibatkan ansuran pertama berjumlah RM7.175 juta, dengan keseluruhan kos RM248.7 juta.

Beliau menjelaskan keseluruhan pinjaman syarikat tersebut dengan Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan projek penggantian paip di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Pinjaman tiada faedah selaras terma dan syarat dipersetujui sebelum ini dengan ansuran 20 tahun dan hanya dimulakan selepas 10 tahun dari tarikh permulaan pengeluaran pertama pembiayaan.

“Jadual bayaran balik akan dikutip mulai 2031 dengan jumlah ansuran pertama RM7.175 juta mulai 2031 dan seterusnya sebanyak RM12.435 juta setahun,” katanya dalam sidang Dewan Negeri hari ini.

Baru-baru ini, Air Selangor memaklumkan akan meningkatkan penggantian paip air daripada 150km kepada 300km setahun bermula tahun ini, diikuti 400km setahun bermula 2034.

Inisiatif itu susulan pelarasan tarif air baharu berkuat kuasa 1 Februari lalu.


Pengarang :