EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han menjawab soalan ketika sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada 22 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Pematuhan amalan ESG tingkat kecekapan operasi, daya saing PKS

SHAH ALAM, 29 FEB: Pematuhan amalan berasaskan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) peringkat antarabangsa tidak mendatangkan kerugian kepada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

EXCO Pelaburan Ng Sze Han berkata ESG yang dirangka organisasi seluruh dunia bagi mengurangkan kesan jejak karbon alam sekitar berupaya membantu PKS lebih maju dan berdaya saing.

“Sebaliknya, PKS lebih berisiko untuk menangung kerugian sekiranya tidak mula menitikberatkan amalan ESG.

“Antara risiko yang dimaksudkan adalah risiko kawal selia, risiko kewangan dan potensi pelaburan, risiko keberkesanan operasi, risiko inovasi dan pertumbuhan syarikat serta risiko kehilangan reputasi di peringkat tempatan dan global,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan wakil rakyat Rawang Chua Wei Kiat yang ingin mengetahui jangkaan kerugian dihadapi PKS disebabkan perlu mematuhi amalan ESG pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.

Sze Han menambah manfaat pelaksanaaan pematuhan ESG adalah baik memandangkan PKS adalah sebahagian daripada rantaian bekalan global.

“ESG kini semakin memainkan peranan penting dalam polisi pelaburan Malaysia,” katanya.


Pengarang :