Gambar 10 buku terbitan Inisiatif Buku Darel Ehsan (IBDE) yang paling laris terjual sepanjang Februari 2024. Foto Facebook Buku IBDE
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Enam buku dengan kerjasama Media Selangor antara 10 karya terjemahan IBDE paling laris

SHAH ALAM, 2 MAC: Enam buku terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) dengan kerjasama Media Selangor antara 10 karya terjemahan paling laris sepanjang Februari.

Menurut syarikat penerbitan itu, enam naskhah berkenaan adalah Memelihara Jiwa: Petua Daripada Tabib Kurun ke-9, Detik-Detik Akhir Empayar Utsmaniah dan Gelagat dan Ragam Orang Melayu.

Turut mendapat permintaan ramai adalah Tanpa Ampun: Tiga Tahun Diburu Jepun di Rimba Malaya, Imam Al-Ghazali: Hayat dan Jasa Ilmuwan Ulung, serta Penaklukan Andalusia.

Naskhah riwayat Rasulullah berjudul Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal karya Martin Lings yang dihasilkan dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) kekal sebagai naskhah terlaris bulan lalu.

Orang ramai melihat koleksi buku terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) di Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 2 Disember 2023.. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

IBDE yang menerima geran Kerajaan Negeri giat menerbitkan buku terjemahan pelbagai genre meliputi sejarah, falsafah dan agama, sesetengah naskhah asal berusia ribuan tahun.

Karya terbitan IBDE boleh didapati melalui kedai buku Rencana di Sri Damansara, Petaling Jaya atau secara atas talian menerusi pautan bukuibde.com


Pengarang :