Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas merasmikan Dapur Ehsan dan melepas peserta Program Ehsan Fun Run @ Selangor Fruit Valley 2024 di Selangor Fruit Valley, Kuala Selangor pada 2 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

MB: Sedia kaji elaun ahli majlis, tumpu tingkat perkhidmatan kepada rakyat

KUALA SELANGOR, 2 MAC: Kerajaan Negeri sedia menyemak elaun ahli majlis pihak berkuasa tempatan( PBT) seperti saranan beberapa wakil rakyat dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).

Bagaimanapun, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata perkara itu bukan keutamaan sebaliknya pentadbirannya mahu mempertingkat perkhidmatan terbaik demi rakyat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas merasmikan Dapur Ehsan dan melepas peserta Program Ehsan Fun Run @ Selangor Fruit Valley 2024 di Selangor Fruit Valley, Kuala Selangor pada 2 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Kita belum bawa apa-apa lagi (semakan elaun) dan buat masa ini mahu memastikan tugas dan kerja PBT dapat dilaksanakan. Kita akan tengok dan jika ada kepentingan sedia mengkajinya.

“Tetapi ini bukan keutamaan kerana kita mahu pertingkat perkhidmatan khususnya dalam mengumpul semula beberapa hasil seperti kutipan sisa pepejal yang kini menjadi tumpuan negeri.

“Kita mahu kemaskan hasil kutipan pepejal sekali gus mengurangkan aduan berkaitan sampah haram,” katanya ditemui selepas merasmikan Ehsan Fun Run di Selangor Fruit Valley di sini, hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melepas peserta Program Ehsan Fun Run @ Selangor Fruit Valley 2024 di Selangor Fruit Valley, Kuala Selangor pada 2 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Sebelum ini, pada sidang DNS beberapa wakil rakyat antaranya Michelle Ng Mei Sze (Subang Jaya ) dan Leong Tuck Chee (Pandamaran) bertanya keperluan mengkaji semula elaun ahli majlis PBT.

Buat masa ini, elaun ahli majlis PBT bertaraf bandaraya dan perbandaran bernilai RM2,500 sebulan manakala daerah RM2,000.


Pengarang :