Kakitangan GM Klang menyusun hadiah cabutan bertuah sempena GMK Wow Day di Pusat Beli Belah GM Klang, Klang pada 3 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Muat turun aplikasi GM Klang, peluang nikmati diskaun hingga 50 peratus

KLANG, 4 MAC: Pengguna premium aplikasi GM Klang berpeluang menikmati potongan harga sehingga 50 peratus ketika membeli-belah di kedai terpilih pusat borong terbesar itu.

Pengurus kanan komunikasi jenama GM Klang berkata manfaat itu boleh dinikmati menerusi program ‘GM Klang Wholesale on Weekend Day’ (GMK WOW DAY) yang berlangsung pada hujung minggu pertama (Sabtu dan Ahad) setiap bulan.

Menurut Norsuhaida Othman seramai 30 penjual yang menawarkan barangan seperti pakaian, permainan, barangan perkakasan rumah, snek dan kasut turut serta dalam program terbabit.

“Pengguna aplikasi juga akan mendapat e-baucar bernilai RM10 sekiranya mereka berbelanja RM100 di mana-mana kedai terpilih menerusi GMK WOW Voucher. Kedua-dua kelebihan ini hanya boleh dinikmati pada setiap dua hari tersebut (setiap bulan) iaitu ketika ‘GMK WOW DAY’ berlangsung.

“Berkonsepkan pusat borong, GM Klang menerapkan penjimatan dan pulangan setimpal kepada pelanggan iaitu lebih banyak mereka beli, lebih jimat mereka peroleh,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Norsuhaida menjelaskan antara faedah lain yang dinikmati ahli premium adalah baucar parkir percuma di GM Klang serta pelbagai ganjaran lain menerusi kempen yang telah diatur dari semasa ke semasa.

“Banyak manfaat kami sediakan dalam aplikasi itu, sebagai contoh akses kepada GMK WOW Day iaitu jika selalu datang, mereka akan dapat membeli barangan dengan harga promosi untuk ahli premium iaitu tidak boleh dinikmati oleh pengguna biasa.

“Pengguna akan menerima kod QR khas melalui aplikasi selepas mendaftar sebagai ahli premium dan hanya perlu pamer di kedai terpilih sebelum membuat pembelian. Baucar akan muncul di dalam aplikasi secara automatik selepas imbas,” ujarnya.

Aplikasi Komuniti Bisnes GM Klang boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play Store, pengguna boleh mendaftar sebagai ahli premium dengan yuran sebanyak RM15 setahun.


Pengarang :