AGENDANASIONAL

KL, Gombak, Hulu Langat antara lokasi diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 7 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga enam petang.

Menurut agensi itu, cuaca hujan disertai ribut petir juga dijangka berlaku di Kuala Lumpur dan Putrajaya selain beberapa daerah di Perak dan Johor.

MetMalaysia  memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :