Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan hadiah kepada pemenang utama Tan Beng Kiat ketika majlis Penyampaian Hadiah Peraduan ‘CEpat-CEpat Menang’ di Melawati Mall, Ampang Jaya pada 9 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Aktif guna aplikasi pembayaran CEPat sejak 2020, pekerja swasta menang iPhone

GOMBAK, 10 MAC: Seorang pengguna aplikasi pembayaran berpusat Citizen E-Payment (CEPat) tidak menyangka ‘kesetian’ menggunakan platform itu sejak 2020 membolehkannya menang telefon bimbit iPhone 15 Pro.

Tan Beng Kiat, 55, berkata aplikasi CEPat yang dibangunkan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) menjadi pilihan utama untuk membayar bil, cukai dan memperbaharui lesen kerana menawarkan pelbagai perkhidmatan dalam satu platform.

Pemenang utama Tan Beng Kiat bercakap kepada Media Selangor selepas majlis Penyampaian Hadiah Peraduan ‘CEpat-CEpat Menang’ di Melawati Mall, Ampang Jaya pada 9 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Kita tidak perlu lagi beratur panjang di kaunter kerana CEPat menawarkan pelbagai perkhidmatan. Penggunaan aplikasi ini mudah, pantas dan sangat terbaik.

“Orang ramai digalakkan memuat turun CEPat yang dibangunkan Kerajaan Selangor bagi memudahkan urusan harian,” katanya.

Beliau yang bekerja sebagai ksekutif produksi syarikat perkilangan ditemui selepas menerima hadiah yang disampaikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Pusat Membeli-Belah Melawati di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah urusan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) Ahmad Akmal Hamzah berkata seramai 37 orang pemenang bertuah memenangi hadiah yang ditawarkan sepanjang tempoh tiga bulan peraduan berlangsung.

Pengarah Urusan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) Ahmad Akmal Hamzah bercakap kepada Media Selangor selepas majlis Penyampaian Hadiah Peraduan ‘CEpat-CEpat Menang’ di Melawati Mall, Ampang Jaya pada 9 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Peraduan bermula 29 November 2023 hingga 29 Februari tahun ini. Pemenang terdiri daripada pembayar laksana transaksi tertinggi untuk perkhidmatan seperti kompaun kenderaan, sewaan tapak dan sebagainya.

“Pemenang utama merekodkan 130 jumlah transaksi berjaya manakala 36 pemenang lagi menerima telefon pintar jenama Honor,” katanya.

Dilancar pada 1 Ogos 2019, CEPat menawarkan kemudahan permohonan lesen, bayaran cukai taksiran, kompaun, parkir dan bayaran bil utiliti.

Sehingga kini terdapat 62 perkhidmatan ditawar dalam aplikasi berkenaan meliputi 11 PBT dan tujuh medium pembayaran tersedia untuk pilihan pengguna.

Transaksi tanpa tunai itu boleh dimuat turun melalui PlayStore bagi pengguna Andorid dan AppStore bagi iOS.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan hadiah kepada pemenang majlis Penyampaian Hadiah Peraduan ‘CEpat-CEpat Menang’ di Melawati Mall, Ampang Jaya pada 9 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan hadiah kepada pemenang majlis Penyampaian Hadiah Peraduan ‘CEpat-CEpat Menang’ di Melawati Mall, Ampang Jaya pada 9 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :