Seorang pengunjung membeli barangan keperluan asas pada Jualan Ehsan Rahmah DUN Kuang di Kampung Setia, Rawang pada 20 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah PKPS di Kuang, Sentosa dan Kuala Kubu Bharu esok

SHAH ALAM, 13 MAC: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan di tiga lokasi esok mulai 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Jualan barangan asas murah itu di balai penghulu Mukim Kuang (Kuang), barisan lot kedai Lorong Manikavasagam 9E (Sentosa) dan Masjid Jamek Ar-Rahimah (Kuala Kubu Bharu).

Hari ini jualan sama di Jalan Jabar, Masjid Nurul Jannah (Meru); Kampung Labu Lanjut (Sungai Pelek) dan Dewan Orang Ramai Sri Kundang, Kampung Kundang (Tanjung Sepat).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Sebelum ini, PKPS memaklumkan JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasaraya Segi Fresh.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS

 


Pengarang :