Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim pada majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim di Masjid Nurul Iman, Batu 10, Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada 16 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

RMS berkenan santuni anak yatim di Kuala Langat, serah sumbangan Aidilfitri

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

KUALA LANGAT, 16 MAC: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan berangkat menyantuni anak yatim di Masjid Nurul Iman, Batu 10, Telok Panglima Garang di sini hari ini.

Pada program itu, Tengku Amir Shah berkenaan menyerahkan sumbangan Aidilfitri daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) bernilai RM87,900 kepada 586 anak yatim di daerah itu.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) berkenan menyaksikan penyerahan cek cura daripada Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kiri) kepada Pengerusi Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) Tan Sri Mazlan Mansor pada majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim di Masjid Nurul Iman, Batu 10, Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada 16 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Baginda turut berkenan menyaksikan penyampaian cek cura sumbangan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bernilai RM600 ribu kepada Tabung Anak Yatim Yide.

Tengku Amir turut berkenan menunaikan solat Zuhur selepas program Ihya Ramadan dikendalikan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Terdahulu, ketibaan Baginda disambut Pengerusi Mais Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Pengerusi Yide Tan Sri Mazlan Mansor.

Sebahagian anak yatim gembira setelah menerima duit raya daripada Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah pada majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim di Masjid Nurul Iman, Batu 10, Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada 16 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :