AGENSISELANGOR

Hulu Selangor diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 19 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor hingga 6 petang ini.

Menurut agensi itu di Facebook, cuaca hujan disertai ribut petir turut melanda beberapa daerah di Perak, Johor dan Sarawak.

MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :