AGENDANASIONAL

Amaran ribut petir di lapan daerah Selangor, KL hingga 9 malam

SHAH ALAM, 25 MAC: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda lapan daerah di Selangor termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook memaklumkan daerah terbabit ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Cuaca sama turut melanda beberapa daerah di Perak, Johor dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :