Orang ramai melihat pameran fotografi pada program Hari Mesra Sempena Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam Ke-23 anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di I-City Central, Shah Alam pada 24 Oktober 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MBSA anjur pertandingan fotografi, hadiah keseluruhan RM10,000

SHAH ALAM, 25 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjur Pertandingan Fotografi Shah Alam 2024 dengan tawaran hadiah wang tunai keseluruhan RM10,000.

Orang ramai dipelawa mengambil bahagian dalam pertandingan yang bermula hari ini sehingga 31 Ogos.

Hadiah yang ditawarkan bagi kategori awam adalah RM2,000 bagi johan diikuti RM1,500 (naib johan), RM1,000 (tempat ketiga) dan saguhati RM200 untuk lima pemenang.

Bagi kategori profesional, johan akan membawa pulang RM2,000 diikuti RM1,500 (naib johan), RM1,000 (tempat ketiga).

“Kategori yang dipertandingkan adalah bertema bangunan atau mercu tanda, alam semulajadi, gaya hidup dan pemandangan malam yang menarik di sekitar bandaraya Shah Alam.

“Jom ramai-ramai sertai pertandingan ini untuk merebut hadiah wang tunai. Borang dan syarat pertandingan boleh melayari http://www.mbsa.gov.my,” katanya menerusi Facebook.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam di talian 03-5510 5133 sambungan 1430 atau 1777 atau tekan pautan ini.

 


Pengarang :