Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Umat Islam dituntut istiqamah mengingati Allah SWT (VIDEO)

SHAH ALAM, 25 MAC: Umat Islam dituntut istiqamah mengingati Allah SWT sepanjang masa tanpa mengira dalam keadaan susah atau pun senang.

Demikian kata Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ketika menghuraikan surah ar-Rum ayat 33 yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.

Menurut Don Daniyal ayat berkenaan menyentuh mengenai kelaziman manusia yang sentiasa lalai mengingati Allah ketika senang dan hanya melakukannya pada waktu sedih.

“Bukan sahaja kita, malah sahabat pada zaman nabi juga diuji begitu. Perang Uhud yang begitu menyayat hati adalah satu contoh dan ia beri pengajaran kepada kita.

Tangkap layar qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid dalam rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan

“Jadi berdasarkan ayat al-Quran itu, yang nombor satu adalah ingat Allah sepanjang masa sebab Allah tidak pernah meninggalkan kita,” katanya dalam program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial  Amirudin ShariMedia Selangor dan TV Al-Hijrah.

Sementara itu, Amirudin mengingatkan bahawa setiap perkara termasuk musibah dan kegembiraan merupakan lumrah yang perlu dihadapi sebagai manusia.

“Ingatlah dalam hidup kita, ujian dan kegembiraan itu semua adalah lumrah yang perlu kita hadapi. Tetapi iman dan ketakwaan kita kepada Allah wajar terus kekal,” katanya.

Berikut episod Tadabbur al-Quran terdahulu yang boleh diikuti:

Episod 1: terus berbuat amal kebaikan
Episod 2: mohon petunjuk dan ilham
Episod 3: ilmu dan adab asas kehidupan
Episod 4: jaga hati, ubah diri ke arah lebih baik
Episod 5: amanah, cerita kebenaran
Episod 6: bersatu hati, elak pertikaian
Episod 7: ilmu datang dari pelbagai arah
Episod 8: kepentingan akal membuat keputusan, jalani kehidupan
Episod 9: wajib berbakti kepada ibu bapa
Episod 10: berdoa agar amalan diterima Allah
Episod 11: manfaat pancaindera untuk timba ilmu
Episod 12: kongsi rezeki dan yakin balasan Allah
Episod 13: ujian itu hikmah, jadi insan hebat

 


Pengarang :