AGENDANASIONAL

Seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 11 malam

SHAH ALAM, 30 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramal hujan lebat melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 11 malam.

Menurut agensi itu di Facebook, cuaca hujan disertai ribut petir turut melanda seluruh Perlis, Pulau Pinang dan Perak selain beberapa kawasan di Kedah, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak.

MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :