AGENSISELANGOR

Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 4 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 6 petang.

Cuaca hujan disertai ribut petir turut dijangka melanda Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Perak, Negeri Sembilan, Johor serta Sarawak.

MetMalaysia di Facebook memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :