AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal landa Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 10 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 9 malam.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, cuaca hujan disertai ribut petir turut diramal melanda seluruh Pulau Pinang selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :