Aliran trafik menuju Lebuhraya Plus arah utara berhampiran Plaza Tol Jalan Duta setakat 12.00 tengah hari lancar berikutan warga kota mula pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Aidilfitri ketika tinjauan pada 7 April 2024. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

PLUS: Rancang perjalanan, patuh had laju demi keselamatan

SHAH ALAM, 11 APRIL: Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menasihatkan pengguna agar merancang perjalanan untuk keselesaan dan keselamatan pada musim perayaan ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan panduan lain adalah elakkan melakukan perjalanan pada hari puncak.

“Selain itu, servis kenderaan sebelum bergerak ke destinasi dan pastikan menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps untuk mengelakkan laluan sesak.

“Anda juga perlu memastikan baki Touch ‘n Go atau e-dompet mencukupi serta pastikan masuk keluar di plaza tol guna mod pembayaran yang sama,” maklum PLUS.

Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan berhenti di stesen Rehat dan Rawat (R&R) atau hentian sebelah untuk berehat seketika serta patuhi had laju semasa dalam perjalanan.

“Amalkan tujuh tips berikut untuk keselesaan dan keselamatan kita bersama. Sudah pasti, baru gerak tahu.

“Jom kongsikan tips ini bersama orang yang tersayang. Patuhi peraturan jalan raya dan beraya dengan penuh kegembiraan,” katanya.


Pengarang :