Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama pelajar pada sesi diaspora bersama pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke Jerman di Restoran Suhag, Munich, Jerman pada 19 April 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB temui komuniti Malaysia di Munich, dengar pandangan mahasiswa

SHAH ALAM, 19 APRIL: Dato’ Menteri Besar meluangkan masa bertemu dan bertukar pandangan bersama rakyat Malaysia dalam sesi lawatan kerja rasminya di Jerman bermula hari ini.

Menerusi pertemuan lebih dua jam itu, Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra dengan komuniti perniagaan dan mahasiswa khasnya anak Selangor yang melanjutkan pelajaran di Munich.

“Sudah menjadi lumrah dan kemestian apabila saya ke luar negara untuk lawatan kerja rasmi akan bertemu warga dan komuniti rakyat Malaysia khususnya anak Selangor di luar negara.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berbual bersama pelajar Malaysia di Restoran Suhag, Munich, Jerman sempena lawatan kerjanya ke negara itu pada 19 April 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Menerusi pertemuan ini, ia memberi ruang kepada kami berbincang dan bertukar-tukar pendapat serta mendengar pandangan mereka di Munich,” kongsinya di Facebook.

Beliau juga berkongsi usaha Kerajaan Negeri menerusi Rancangan Selangor Pertama (RS-1) untuk terus memacu pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan rakyat dan negeri.

Amirudin turut berterima kasih kepada semua yang hadir terutama pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) Munich, yang membantu menyelaras pertemuan tersebut.

Beliau menambah lawatan akan diteruskan ke Cologne bagi menyaksikan program menandatangani memorandum persefahaman selain menghadiri program Hannover Messe 2024 sebagai ahli panel.


Pengarang :