Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan bergambar bersama hadirin pada Majlis Makan Malam Anugerah Ibu Kiwanis 2024 di Setia Alam pada 20 April 2024. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sultan Selangor berkenan ke majlis Anugerah Ibu Kiwanis 2024

SHAH ALAM, 22 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Anugerah Ibu Kiwanis 2024 di Setia Alam kelmarin.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang turut berkenan menyampaikan anugerah kepada penerima.

“Majlis ini turut diadakan bagi meraih dana untuk program Kiwanis Malaysia termasuk pusat kanak-kanak khas, Yayasan Kiwanis Khir Johari dan Akademi Kiwanis Malaysia,” kata Selangor Royal Office dalam kenyataan ringkas di Facebook.


Pengarang :