Dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) jam 9.30 pagi, 23 April 2024. Foto Facebook KPKT Malaysia
AGENDANASIONAL

Dua helikopter bertembung, terhempas di Pangkalan TLDM Lumut pagi ini

IPOH, 23 APRIL: Dua helikopter dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini, 9.30 pagi tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata ketika kejadian helikopter sedang menjalani raptai sambutan sempena Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung di pangkalan berkenaan Mei ini.

“Setakat ini, mangsa terlibat masih belum diketahui, laporan lanjut menyusul,” katanya.

– BERNAMA


Pengarang :