Orang ramai mengambil juadah pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani sempena Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) daerah Gombak di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Seri Gombak, Batu Caves pada 14 Mei 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKIN
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Ella, Naim Daniel bakal meriahkan sambutan rumah terbuka Aidilfitri Selangor

SHAH ALAM, 23 APRIL: Ratu rock negara, Ella bakal memeriahkan sambutan rumah terbuka Aidilfitri anjuran Kerajaan Negeri di Bandar Kuala Kubu Bharu pada 27 April ini.

Selain penyanyi Permata Biru itu, penyanyi muda terkenal, Naim Daniel dan Sarah Suhairi juga bakal tampil membuat persembahan pada majlis yang dijangka bermula jam 8 malam.

Acara tahunan itu akan diserikan dengan celoteh deejay Suria FM, Feeya Iskandar atau lebih dikenali sebagai Cik Piah.

“Marilah bersama-sama dengan kepimpinan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan rakyat khususnya meraikan Aidilfitri mulia di rumah terbuka Kerajaan Selangor. Jumpa di sana,” kata Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi media sosialnya.

Menurut Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor program Riuh Raya #KitaSelangor pada Sabtu ini turut menghidangkan pelbagai juadah hari raya.

“Antara yang menarik ialah hidangan pelbagai juadah hari raya, persembahan artis terkenal, pemberian duit raya dan pertunjukan bunga api.

“Apa tunggu lagi, jom sama-sama kita meriahkan Rumah Terbuka Riuh Raya #KitaSelangor 2024!! Jumpa di sana,” tulis agensi itu di Facebook.


Pengarang :