Kanak-kanak Palestin tidak sabar mengambil makanan pada hari ketiga Ramadan, bersamaan 13 Mac, ketika serangan Israel berterusan di Rafah, selatan Gaza pada 13 Mac 2024. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Selepas serangan maut Israel, badan amal kembali agih bantuan di Palestin

MOSCOW, 29 APRIL: Badan amal World Central Kitchen (WCK) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) hari ini meneruskan operasi di Semenanjung Gaza iaitu hampir sebulan selepas tujuh pekerja WCK terbunuh dalam serangan Israel 1 April lalu.

“Kami mempunyai 276 lori, dengan hampir lapan juta makanan, bersedia untuk masuk melalui lintasan Rafah. Kami juga akan menghantar trak dari Jordan,” kata Ketua Eksekutif ECK Erin Gore, lapor Sputnik.

Setakat ini, badan amal makanan itu telah mengagihkan lebih daripada 43 juta makanan di wilayah Palestin, yang menurut WCK menyumbang 62 peratus daripada semua bantuan NGO antarabangsa di Gaza.

Serangan udara Israel ke atas konvoi bantuan itu mencetuskan kecaman Amerika Syarikat dan sekutu tradisional Israel lain. Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata serangan itu tidak disengajakan.

WCK berkata walaupun ia tidak mempunyai jaminan konkrit daripada Israel, ia akan terus menyokong perubahan, supaya pekerja NGO dilindungi dengan lebih baik. Ia juga menuntut siasatan antarabangsa yang tidak berat sebelah ke atas serangan itu.

– BERNAMA-SPUTNIK


Pengarang :