AGENDANASIONAL

Hampir semua daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 3 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melanda tujuh daerah di Selangor hingga 9 malam ini.

Menurut agensi itu di Facebook, daerah berkenaan ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Keadaan sama diramal melanda beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Seluruh Perlis, Kuala Lumpur dan Labuan turut dijangka alami cuaca sama.

Amaran dikeuarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :