AGENSISELANGOR

Petaling, Gombak antara lima daerah diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 14 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat sehingga jam 7 malam.

Keadaan sama dijangka berlaku di seluruh Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Kedah, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :