AGENDANASIONAL

Klang, Gombak antara enam daerah diramal hujan lebat hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 16 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang sehingga 1 pagi.

Cuaca sama turut dijangka berlaku di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang selain beberapa kawasan di Perak Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak.

MetMalaysia di Facebook memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :