AGENDANASIONAL

Hampir seluruh Selangor diramal hujan lebat hingga 2 petang

SHAH ALAM, 20 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hampir seluruh Selangor dilanda hujan lebat hingga 2 petang.

Agensi itu memaklumkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Cuaca sama turut melanda Kuala Lumpur dan Melaka selain beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :