Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari diiringi EXCO Pertanian Ir Izham Hashim melihat haiwan korban ketika Majlis Perasmian Sumbangan Korban Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam pada 25 Mei 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Negeri peruntuk RM6 juta agih 1,000 kambing, 700 lembu korban tahun ini

SHAH ALAM, 25 MEI : Kerajaan Negeri memperuntuk RM6 juta bagi sumbangan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, tahun ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata agihan membabitkan 1,000 kambing dan 700 lembu kepada wakil rakyat, masjid, surau dan badan bukan kerajaan (NGO).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap sempena Majlis Perasmian Sumbangan Korban Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam pada 25 Mei 2024.Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Alhamdulillah, setiap tahun Kerajaan Selangor tidak pernah melepaskan peluang untuk laksana ibadah korban dan mengagihkan kepada rakyat memerlukan di negeri ini.

“Kita harap lembu dan kambing yang diberikan kepada wakil penerima nanti dapat dijadikan ibadah korban dan tidak disalahgunakan,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menerima cek cura sumbangan korban berjumlah RM6 juta daripada anak syarikat Kerajaan Negeri sempena Majlis Perasmian Sumbangan Korban Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam pada 25 Mei 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian dan Penyerahan Baucar Program Sumbangan Korban Selangor di Dewan Raja Muda Musa di sini hari ini.

Sementara itu, EXCO Pertanian Ir Izham Hashim ketika berucap pada program berkenaan berkata sebanyak 22 syarikat akan membekalkan lembu manakala 25 syarikat lagi membekal kambing bagi program tersebut.

EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berucap ketika Majlis Perasmian Sumbangan Korban Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam pada 25 Mei 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Kita menyeru pembekal tahun ini dapat mengikut syarat ditetapkan Kerajaan Negeri, antara syarat adalah dapat bekalkan minimum 270 kg untuk lembu dan 100 kg (kambing).

“Ada beberapa pembekal tahun sebelum tidak jujur, kita harap ia tidak berlaku lagi kerana ini merupakan ibadah korban satu perkara yang baik dan dituntut dalam Islam,” jelasnya.

Anak syarikat Kerajaan Negeri yang terlibat dengan tajaan program sumbangan korban adalah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor , Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan Permodalan Negeri Selangor Berhad.

Selain itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd, Worldwide Holdings Berhad, Central Spectrum Sdn Bhd, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, Central Spectrum Sdn Bhd dan KDEB Waste Management.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari diiringi EXCO Pertanian Ir Izham Hashim melihat haiwan korban ketika Majlis Perasmian Sumbangan Korban Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam pada 25 Mei 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :