SELANGOR

Empat daerah di Selangor diramal ribut petir hingga 4 petang

SHAH ALAM, 28 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir melanda Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Sepang sehingga 4 petang.

MetMalaysia memaklumkan di Facebook cuaca disertai hujan lebat juga dijangka melanda beberapa kawasan di Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :