Kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Langat siap dilaksanakan pada malam 10 Oktober 2023. Foto Facebook Air Selangor
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Loji air disenggara 5 Jun, pengguna tujuh wilayah dinasihat simpan bekalan

SHAH ALAM, 29 MEI: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan melaksanakan kerja penambahbaikan aset Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 pada 5 Jun, bermula 9 pagi.

Proses penyenggaraan dan penggantian aset  yang dijangka siap 7 malam menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Agensi itu memaklumkan pengguna dijangka menerima bekalan secara berperingkat mulai 3 pagi pada 6 Jun, selepas sistem agihan utama bekalan distabilkan.

“Lori tangki juga akan digerakkan air ke kawasan terlibat dengan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

“Bagi pelanggan komersial, bekalan air terawat boleh dibeli di mana-mana kaunter khidmat pelanggan Air Selangor di wilayah yang terjejas.

“Pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing untuk mengisi air di empat stesen iaitu di Breamer Estet (wilayah Hulu Langat), Taman Gemilang Dengkil dan Pekan Salak (wilayah Sepang) serta Taman Banting Baru (wilayah Kuala Langat),” maklumnya di Facebook.

Air Selangor menasihatkan pengguna terjejas menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakannya secara berhemah sepanjang tempoh gangguan.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor melalui talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.


Pengarang :