AGENDANASIONAL

Klang, Petaling antara daerah diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 29 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang hingga 5 petang.

Cuaca hujan disertai ribut petir juga dijangka melanda Putrajaya selain beberapa kawasan di Kedah, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah

MetMalaysia memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :