AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Kuala Selangor, Hulu Selangor hingga 6 petang

SHAH ALAM, 30 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Kuala Selangor dan Hulu Selangor hingga 6 petang.

Amaran cuaca hujan disertai ribut petir juga dijangka melanda seluruh Perlis selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :