Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim (dua, kanan) meneliti kitab yang diterima daripada bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Dr Ali Jum’ah (kanan) sambil diperhati Dato’ Menteri Besar Dato’ Amirudin Shari (dua kiri) dalam majlis penutupan Muzakarah Ulama-Umara Festival Turath islami Selangor di Shah Alam pada 25 Mei 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PM rasmi seminar Imam an-Nawawi sempena festival turath di masjid negeri esok

SHAH ALAM, 30 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Seminar Penghayatan Riyadhu as-Salihin di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini esok.

Beliau juga terlibat dalam Perbualan khas: Imam Nawawi dan Riyadhu as-Salihin bersama bekas Imam Besar Mesir Prof Dr Ali Jum’ah dan Pengarah Pusat Kajian Islam Quantum Akhyar Institute Dr Adi Hidayat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut sama dalam program yang dimudah cara Naib Canselor Universiti Islam Selangor Dato’ Prof Madya Dr Mohd Farid Ravi Abdullah.

Seminar berkenaan berlangsung dalam lima sesi selama dua hari sempena penganjuran Festival Turath Islami Selangor edisi kedua antara 26 Mei hingga 2 Jun.

Festival kali kedua itu dimulakan dengan kupasan Kitab Hadis 40 oleh bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Profesor Dr Ali Jum’ah dan Pameran Al-Wahyu yang membawa manuskrip tulisan tangan berusia ratusan tahun.

Turut berlangsung forum bertajuk Tradisi Keilmuan Islam Alam Melayu yang menampilkan ahli panel Ustaz Muhamad Abdullah, Dr Ros Mahwati Ahmad Zakaria dan Ustaz Mohamad Aizuddin Abdul Aziz.

Orang ramai juga boleh mengikuti program berkenaan secara langsung di https://selangortv.my/ dan Facebook MediaSelangor.

Bertema Mendalami Khazanah Kitab Islam, maklumat program, lokasi serta pendaftaran boleh dibuat menerusi http://www.turathislamselangor.com atau Facebook Festival Turath Islami Selangor.


Pengarang :