Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar sambil memegang Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Selangor 2024-2026 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada 31 Mei 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Dasar, pelan tindakan wanita Selangor dilancar, lindungi, tangani isu berbangkit

SHAH ALAM, 31 MEI: Kerajaan Negeri melancarkan Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Selangor 2024-2026 yang bertemakan “Wanita Maju, Selangor Makmur”.

Disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, dasar dan pelan tindakan itu terdiri daripada lima titik tumpuan dan tujuh matlamat yang menyentuh setiap aspek dan pembangunan wanita.

Berucap pada majlis perasmian, Amirudin berkata dasar dan pelan tindakan itu dikemaskini bagi mengatasi isu berbangkit membabitkan golongan wanita.

“Dasar wanita ini menyentuh beberapa perkara khususnya persepsi terhadap gender. Mungkin ada beberapa perkara yang menjurus kepada tindakan atau langkah memperlekeh gender atau kelompok termasuk wanita.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Selangor 2024-2026 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada 31 Mei 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Lebih parah lagi jenayah dan tindakan yang boleh melanggar dan melawan asas kehidupan serta hak asasi manusia termasuk keganasan domestik.

“Dengan adanya dasar dan pelan tindakan ini ia mampu atasinya hingga ke akar umbi serta asas yang lebih kukuh,” katanya.

Berikut adalah lima titik tumpuan dan tujuh matlamat dasar dan pelan tindakan wanita Selangor

Titik tumpuan:

-Pengarusperdanaan gender dalam pembangunan
-Ekonomi dan kehidupan
-Perwakilan dan kepimpinan
-Keselamatan dan kesejahteraan
-Kreativiti dan inovasi

Matlamat:

-Menggalakkan kerangka pembangunan yang sensitif gender
-Meningkatkan status sosio-ekonomi dan autonomi wanita yang terpinggir
-Merapatkan jurang gender di setiap aspek pasaran buruh
-Mempercepat penyertaan, perwakilan dan pembuat keputusan dalam kehidupan awam dan politik dalam kalangan wanita
-Meningkatkan kesihatan, kesejahteraan dan mobiliti wanita
-Menggalakkan penyediaan persekitaran selamat kepada wanita
-Memupuk bakat kreatif, budaya digitalisasi dan inovasi.


Pengarang :