Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika mendeklamasi puisi Pahlawan Buana nukilan Ladin Nuawi pada Malam Baca Puisi Persatuan Penulis Nasional Malaysia sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 1 Jun 2024. Foto Facebook Amirudin Shari
BERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

MB: Seni, sastera terus diiktiraf dalam pembangunan negeri

SHAH ALAM, 3 JUN: Aspek kesenian dan kesusasteraaan terus menjadi sendi utama dalam usaha negeri mencapai kemakmuran dan kemajuan.

Berikutan itu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pentadbirannya dan beliau sendiri akan sentiasa menyokong dan mengiktiraf aspek terbabit.

“Seni dan sastera bukan hanya penyendal atau pelengkap kepada kehidupan, namun ia adalah makna diri kepada sesuatu bangsa dan ketamadunan yang boleh menjadi kayu ukur dengan melihat karyanya,” katanya di Facebook.

Sabtu lalu, Amirudin menunjuk bakat mendeklamasi puisi Pahlawan Buana nukilan Ladin Nuawi pada Malam Baca Puisi Persatuan Penulis Nasional Malaysia sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024.

PBAKL melabuhkan tirai semalam selepas 10 hari berlangsung dengan sasaran seramai 1.5 juta pengunjung.

Pesta buku itu terus menjadi platform utama pencinta buku, penerbit, penulis dan pembaca dari seluruh dunia untuk berkumpul dan berkongsi minat mereka terhadap dunia perbukuan.


Pengarang :