AGENDANASIONAL

Petaling, KL diramal hujan lebat hingga 10 malam ini

SHAH ALAM, 3 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat di daerah Petaling hingga 10 malam ini.

Cuaca sama turut diramal melanda Kuala Lumpur, Labuan serta beberapa kawasan di Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Melaka dan Sabah.

Agensi itu memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :