Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial Malaysian Meteorological Department serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
SELANGOR

Hujan lebat diramal landa Klang hingga 12 tengah hari

SHAH ALAM, 6 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Klang sehingga 12 tengah hari ini.

Agensi itu di Facebook memaklumkan, keadaan sama diramal berlaku di beberapa kawasan di Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :