SELANGOR

Klang diramal hujan lebat, ribut petir hingga 3 petang

SHAH ALAM, 6 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir melanda Klang sehingga 3 petang ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, keadaan sama dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Labuan.

MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :