Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi menyerahkan sumbangan kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan Azman Adnan pada 6 Jun 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim
AGENDANASIONAL

Anwar sampaikan sumbangan kepada Azman Adnan, doakan cepat sembuh

KUALA LUMPUR, 7 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan Azman Adnan bagi membantu urusan harian dan perubatannya.

Menerusi hantaran di laman Facebook Anwar berkata sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahi bekas penyerang sensasi Selangor itu semalam.

Perdana Menteri berkata Azman kini menderita sakit tulang kaki sehingga memerlukan rawatan fisioterapi secara berkala.

Selain itu beberapa masalah kesihatan lain menyukarkan Azman melakukan kerja berat dan terputus sumber pendapatan.

“Semoga saudara Azman cepat sembuh, Insya-Allah,” kata Perdana Menteri.

– BERNAMA


Pengarang :