EXCO Pertanian Ir Izham Hashim bersama peserta Komuniti Pemburu ketika program pemuliharaan sumber perikanan darat Sungai Langat oleh Jabatan Perikanan Selangor di Denai Sungai Kebangsaan, Hulu Langat pada 9 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Lindungi ikan tempatan, negeri bakal kuat kuasa larangan lepas spesies asing

HULU LANGAT, 9 JUN: Enakmen melarang pelepasan ikan invasif atau asing bakal dikuat kuasa tahun ini sebagai langkah memulihara sungai dan spesies tempatan.

EXCO pertanian berkata undang-undang itu melibatkan pembuangan ikan antaranya jenis bandaraya, baung ekor merah dan keli afrika yang dikategorikan sebagai pemangsa sekali gus mengancam habitat asal.

EXCO Pertanian Ir Izham Hashim ketika program pemuliharaan sumber perikanan darat Sungai Langat oleh Jabatan Perikanan Selangor di Denai Sungai Kebangsaan, Hulu Langat pada 9 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Kajian penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dua tahun lalu mendapati ikan bandaraya ini menebuk tebing untuk bertelur. Ini menghakis tebing yang menyebabkannya runtuh dan sungai menjadi cetek.

“Isu perlu diatasi segera bagi melindungi sumber protein negeri. Cadangan enakmen sudah dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan berada di fasa akhir. Sekarang sedang diperhalusi peringkat perundangan,” kata Ir Izham Hashim

Beliau ditemui pada perasmian program pemuliharaan sumber ikan darat di Denai Sungai Kebangsaan, berhampiran UKM hari ini.

Dalam program berkenaan, lebih 700 kilogram ikan bandaraya ditangkap oleh 116 ahli kumpulan Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya dari 7 hingga 11 pagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya sedia bekerjasama dengan jabatan perikanan termasuk menyalur sejumlah peruntukan kepada pihak yang menangkap ikan asing.

“Kita akan sediakan insentif kepada mana-mana pihak yang berjaya menangkap ikan ini. Langkah ini sebagai galakan untuk penduduk membantu kita menjaga populasi ikan lain.

“Ikan ditangkap ini akan diproses menjadi makanan ikan lain. Jadi kita juga akan sumbang mesin untuk kerja pemprosesan,” katanya yang turut melepas 10,000 benih ikan lampan di sungai berkenaan.

EXCO Pertanian r Izham Hashim melepaskan anak ikan lampan sungai ketika program pemuliharaan sumber perikanan darat Sungai Langat oleh Jabatan Perikanan Selangor di Denai Sungai Kebangsaan, Hulu Langat pada 9 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
EXCO Petanian Ir Izham Hashim melihat ikan bandaraya yang berjaya di tangkap ketika aktiviti memburu ikan asing bersama komuniti melalui program pemuliharaan sumber perikanan darat Sungai Langat oleh Jabatan Perikanan Selangor di Denai Sungai Kebangsaan, Hulu Langat pada 9 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pengarang :